Thursday, February 18, 2010

Perlu ke baca Quran walau tak faham maksudnya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”



Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

Monday, February 8, 2010

SHOPPING FOR HUSBAND :-)

Artikel ini saya petik dari Sebuah Blog seorang pensyarah physic saya jga seorang yang kuat menjalankan usaha dakwah: Menarik utk dijadikan pedoman...

Sebuah toko yang menjual calon suami baru saja melakukan grand openingnya 10 hari lalu, toko itu menyediakan fasilitas untuk wanita memilih calon suaminya. Tetapi ada peraturan yang ditetapkan bila kita memasuki toko itu. Peraturannya adalah seperti berikut ini..;
1. Anda hanya dibolehkan mengunjungi toko ini SEKALI SAJA
2. Toko ini terdiri dari 6 lantai (tingkat), dan pada setiap lantai akan menunjukkan kelompok sihat2 calon suami, semakin tinggi lantainya maka semakin tinggi pula nilai tersebut.
3. Anda dapat memilih lelaki di lantai tertentu, atau memilih ciri2 calon suami di lantai berikutnya tetapi dengan syarat, anda tidak boleh kembali mundur atau turun ke lantai yank telah anda lalui kecuali untuk keluar dari toko ini.
Sekian terima kasih.

Kemarin, seorank wanita pergi mengunjungi toko “suami” tersebut untuk mencari calon suaminya…
Dia melangkah ke lantai 1 dan melihat…
LANTA I 1 :
“Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat kepada Tuhan “
Wanita itu tersenyum, dalam hatinya berkata...mungkin ada yg lebih baik untuk dirinya dan kemudian ia naik ke lantai berikutnya..
LANTAI 2:
“Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat kepada Tuhan dan sangat menyukai anak2 kecil.”
Wanita itu kembali tersenyum, dalam hatinya kata ooohh ini lebih baik...namun mungkin ada yg lebih baik kot dilantai berukutnya...dan Dia terus melangkah naik ke lantai berikutnya..
LANTAI 3 :
“Lelaki di lantai ini meimiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai anak kecil dan sungguh peramah.”
Wow.. reaksi wanita itu, tapi ia masih belum mantap dgn fikirannya dan terus naik ke tingkat selanjutnya...kerana pasti ada yang lebih sempurna untuk dirinya kerana hatinya masih belum puas
LANTAI 4 :
““Lelaki di lantai ini meimiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai anak kecil, peramah dan suka membantu pekerjaan rumah.”
“ya Allah.. aku hampir tak percaya” seru wanita itu dengan takjub, tapi dia tetap meneruskan langkahnya ke lantai berikutnya
LANTAI 5 :
““Lelaki di lantai ini meimiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai anak kecil, peramah, suka membantu pekerjaan rumah, dan demokratis...Dia terpegun...dan mengharapka ada sesuatu yg mesti lebih memikat hatinya...belum ada yg paras rupa yg cocok dan perwatakan sesuai dengan kehendak hatinya...hansome.

LANTAI 6 :
Lantai ini adalah lelucon untuk para lelaki.. dan untuk para wanita yang harus menerima knyataan.. hehehe, hanya sekedar relaks untuk anda yang telah menuju lantai ini.”

Wanita itu tergoda untuk berhenti, tapi kemudian terus melangkah ke lantai 7 dan berharap akan ada tulisan lelaki kaya dan berharta.

LANTAI 7 :
“Tidak ada lelaki di lantai ini, lantai ini hanya semata-mata bukti bagi wanita yank tidak pernah merasa puas, terima aksih telah berbelanja di toko Calon Suami, selamat jalan dan semoga hari ini menjadi hari yank indah untuk anda.

Apa pengajarannya: "Kita kahwin dengan jodoh kita...bukan jejaka idaman kita. Atau dengan org yg kita berkepit sana sini dan mengenali hati budinya. Kebaikan itu hanya akan datang sekali...setelah kebaikan(suami yg baik) itu menjenguk tetapi kita tidak mensyukurinya...percayalah kemungkinan dia tidak akan datang kembali. So pilihlah denga panduan Allah...serahkanlah jodoh kepadaNya bukannya kepada Nafsu dan Akal kita yang lemah lagi jahil. Suatu masa pabila seorang Ustaz di tanya: "Bolehkah ustaz carikan calon seorang suami untuk saya yang hansome, kaya dan ada kedudukan tetapi warak macam ustaz". dalam hati ustaz itu berkata " patutlah dia ni tak dapat2 jodoh..."

Tuesday, January 26, 2010

Carilah Rusukmu yang Hilang

Assalamu’alaikum...w.b.t

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Wallahua’lam...

Tazkirah hari ini......

Hari selasa, tazkirah pagi tu pasal fadhilat membaca Quran. dikatakan dalam hadith tersebut, siapa yang dapat membaca Al-Quran adalah baik, akan tetapi lagi baik jika dapat faham maksud serta huraian ayat2 Quran tersebut ditambah lagi jika kita dapat mengajarkan kepada org lain.

Masa pertama kelas budaya dan pembelajaran, saya perlu membentangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya. persembahann dimulai degan sahabat saya Fakhrurrazi, dlm aspek sekolah dan sukatan tersirat, disambung oleh saya dalam aspek kesan ketaksamaan pendidikan dalam sosial dan jantina. sesi soal jawab pula diambil oleh sahabat saya fakhruzzaman. segalanya berjalan baik dan pembelajaran sgt bermakna. selain itu saya bertanyakan bebrapa soalan berkenaan pelajar perlu mengeluarkan dana sendiri untuk pelbagai aktiviti pembeljaran. walhal hanya 7% dana yg ditarik oleh kerajaan daripada kementerian pendidikan. pensyarah menjawab degan jawapan yang agak rasional dan antara jawapannya kita jgn melawan arus dan yg pentying kita hrus mencapai ijazah di maktab ini.

Sunday, January 24, 2010

Satu tekad...

Assalamualaikum, aku ada satu tekad iaitu setiap hari aku nak tulis kat blog apa yg aku dapat dlm hari tersebut. untuk hari ni mula2 kelas aku kelas olahraga, banyak yg aku belajar dari lec. lec ni baru dipindahkan dari salah satu IPGM di sarawak, miri tak silap. banyak input baru yg aku dapat dari org yg betul2 master dalam olahraga mcm dia, antaranya cara streching baru yg memerlukan kekuatan otot abdomen, pastu bercerite tentang larian2 seperti 100 mtr, 200 mtr, 400 mtr. benda2 ni memang aku minat. sbb aku memang salah seorang atlet olahraga di maktab. yg paling menarik bila dia membicarakan tentang larian pecut 100 mtr, ianya terbahagi kepada beberapa komponen iaitu permulaan, pecutan, laju, tamat. bagaimana teknik2 seorang jurulatih utk melatih atlet2 supaya lathan menjadi lebih berkesan dan membuahkan hasil yg membanggakan. beliau juga menceritakan tentang kehebatan anak2 didk beliau semasa di Miri.

lepas kelas olahraga kelas energetic of chemistry pula. belajar tentang topic yg aku pernah belajar masa spm iaitu oxidizing and reduction. benda dah ade dlm kepala tapi kena recall balik je. yg aku dpt oxidizing menerima oxigen, kehilangan electron, manalaka reduction kehilangan oxygen dan menerima electron. substance yg mengalami oxidize merupakan agent reduction, kehilangan electron supaya other element possible to accept electron. manakala substance yg mengalami reduction merupakan agent oxidize dan menerima electron supaya other substance possible to lose electron.

Apa yang aku dapat hari ini?

Salam, pertamanya bila pagi di kelas, aku membacakan fadhail amal untuk sahabat-sahabat kelasku yang aku sayangi. hadith yang aku bacakan adaah berkisar tentang fadhilat solat. dikatakan dalam hadith tersebut, solat yang dilakukan dengan ikhlas akan menggugurkan dosa2 kita bagai daun2 yg gugur semasa musim luruh, adakalanya ia gugur semuanya dan tidak tinggal sehelai daun pun yang tinggal. bagaimanapun ada pendapat ijmak ulama yg lain mengatakan bahawa dosa2 yg gugur itu hanyalah dosa2 kecil dan dosa2 besar hanya akan terhapus dengan bertaubat.

Sesi tutorial dengan En Zulkefle Bin Abd Rahman

apa yg aku dapat tibe2 ada kena mengena dengan tazkirah yg aku bacakan semasa di kelas, iaitu tentang solat. dlm surah Al-Mukminun. ayat yg pertama hingga ketiga tak silap saya. yg bermaksud org yg hebat dimata Allah adalah org yg dapat khusyuk dalam solatnya dan org2 yg menjauhi perkara-perkara yg lagha.

selain itu aku tertarik dengan apa yg dikatakan iaitu tentang momentum dalam hati kita dalam melakukan kebaikan. jika dah ada momentum insyaallh segala usaha kearah kebaikan akan mudah dijalankan.

terima kasih En Zul. semoga apa yg disampaikan oleh beliau menjadi asbab utk kami bergerak kearah yg lebih baik disisi Allah. insyaallah.....