Sunday, January 24, 2010

Apa yang aku dapat hari ini?

Salam, pertamanya bila pagi di kelas, aku membacakan fadhail amal untuk sahabat-sahabat kelasku yang aku sayangi. hadith yang aku bacakan adaah berkisar tentang fadhilat solat. dikatakan dalam hadith tersebut, solat yang dilakukan dengan ikhlas akan menggugurkan dosa2 kita bagai daun2 yg gugur semasa musim luruh, adakalanya ia gugur semuanya dan tidak tinggal sehelai daun pun yang tinggal. bagaimanapun ada pendapat ijmak ulama yg lain mengatakan bahawa dosa2 yg gugur itu hanyalah dosa2 kecil dan dosa2 besar hanya akan terhapus dengan bertaubat.

Sesi tutorial dengan En Zulkefle Bin Abd Rahman

apa yg aku dapat tibe2 ada kena mengena dengan tazkirah yg aku bacakan semasa di kelas, iaitu tentang solat. dlm surah Al-Mukminun. ayat yg pertama hingga ketiga tak silap saya. yg bermaksud org yg hebat dimata Allah adalah org yg dapat khusyuk dalam solatnya dan org2 yg menjauhi perkara-perkara yg lagha.

selain itu aku tertarik dengan apa yg dikatakan iaitu tentang momentum dalam hati kita dalam melakukan kebaikan. jika dah ada momentum insyaallh segala usaha kearah kebaikan akan mudah dijalankan.

terima kasih En Zul. semoga apa yg disampaikan oleh beliau menjadi asbab utk kami bergerak kearah yg lebih baik disisi Allah. insyaallah.....

No comments:

Post a Comment