Tuesday, January 26, 2010

Carilah Rusukmu yang Hilang

Assalamu’alaikum...w.b.t

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Wallahua’lam...

Tazkirah hari ini......

Hari selasa, tazkirah pagi tu pasal fadhilat membaca Quran. dikatakan dalam hadith tersebut, siapa yang dapat membaca Al-Quran adalah baik, akan tetapi lagi baik jika dapat faham maksud serta huraian ayat2 Quran tersebut ditambah lagi jika kita dapat mengajarkan kepada org lain.

Masa pertama kelas budaya dan pembelajaran, saya perlu membentangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya. persembahann dimulai degan sahabat saya Fakhrurrazi, dlm aspek sekolah dan sukatan tersirat, disambung oleh saya dalam aspek kesan ketaksamaan pendidikan dalam sosial dan jantina. sesi soal jawab pula diambil oleh sahabat saya fakhruzzaman. segalanya berjalan baik dan pembelajaran sgt bermakna. selain itu saya bertanyakan bebrapa soalan berkenaan pelajar perlu mengeluarkan dana sendiri untuk pelbagai aktiviti pembeljaran. walhal hanya 7% dana yg ditarik oleh kerajaan daripada kementerian pendidikan. pensyarah menjawab degan jawapan yang agak rasional dan antara jawapannya kita jgn melawan arus dan yg pentying kita hrus mencapai ijazah di maktab ini.

Sunday, January 24, 2010

Satu tekad...

Assalamualaikum, aku ada satu tekad iaitu setiap hari aku nak tulis kat blog apa yg aku dapat dlm hari tersebut. untuk hari ni mula2 kelas aku kelas olahraga, banyak yg aku belajar dari lec. lec ni baru dipindahkan dari salah satu IPGM di sarawak, miri tak silap. banyak input baru yg aku dapat dari org yg betul2 master dalam olahraga mcm dia, antaranya cara streching baru yg memerlukan kekuatan otot abdomen, pastu bercerite tentang larian2 seperti 100 mtr, 200 mtr, 400 mtr. benda2 ni memang aku minat. sbb aku memang salah seorang atlet olahraga di maktab. yg paling menarik bila dia membicarakan tentang larian pecut 100 mtr, ianya terbahagi kepada beberapa komponen iaitu permulaan, pecutan, laju, tamat. bagaimana teknik2 seorang jurulatih utk melatih atlet2 supaya lathan menjadi lebih berkesan dan membuahkan hasil yg membanggakan. beliau juga menceritakan tentang kehebatan anak2 didk beliau semasa di Miri.

lepas kelas olahraga kelas energetic of chemistry pula. belajar tentang topic yg aku pernah belajar masa spm iaitu oxidizing and reduction. benda dah ade dlm kepala tapi kena recall balik je. yg aku dpt oxidizing menerima oxigen, kehilangan electron, manalaka reduction kehilangan oxygen dan menerima electron. substance yg mengalami oxidize merupakan agent reduction, kehilangan electron supaya other element possible to accept electron. manakala substance yg mengalami reduction merupakan agent oxidize dan menerima electron supaya other substance possible to lose electron.

Apa yang aku dapat hari ini?

Salam, pertamanya bila pagi di kelas, aku membacakan fadhail amal untuk sahabat-sahabat kelasku yang aku sayangi. hadith yang aku bacakan adaah berkisar tentang fadhilat solat. dikatakan dalam hadith tersebut, solat yang dilakukan dengan ikhlas akan menggugurkan dosa2 kita bagai daun2 yg gugur semasa musim luruh, adakalanya ia gugur semuanya dan tidak tinggal sehelai daun pun yang tinggal. bagaimanapun ada pendapat ijmak ulama yg lain mengatakan bahawa dosa2 yg gugur itu hanyalah dosa2 kecil dan dosa2 besar hanya akan terhapus dengan bertaubat.

Sesi tutorial dengan En Zulkefle Bin Abd Rahman

apa yg aku dapat tibe2 ada kena mengena dengan tazkirah yg aku bacakan semasa di kelas, iaitu tentang solat. dlm surah Al-Mukminun. ayat yg pertama hingga ketiga tak silap saya. yg bermaksud org yg hebat dimata Allah adalah org yg dapat khusyuk dalam solatnya dan org2 yg menjauhi perkara-perkara yg lagha.

selain itu aku tertarik dengan apa yg dikatakan iaitu tentang momentum dalam hati kita dalam melakukan kebaikan. jika dah ada momentum insyaallh segala usaha kearah kebaikan akan mudah dijalankan.

terima kasih En Zul. semoga apa yg disampaikan oleh beliau menjadi asbab utk kami bergerak kearah yg lebih baik disisi Allah. insyaallah.....